Saturday, May 2, 2009

JALAN-JALAN DI KUCHING...

Sebenarnya Kuching ni dah biasa sangat dah kitaorang pergi. Almaklumlah Betong Town tu besar sangat. Macam-macam ada. Hehe. Tapi yang specialnya kali ni kitaorang pergi sekali dengan TPHEP MRSM Betong iaitu En. Azid 'sempoi' and wife Kak Yah 'sporting'. Bertolak pada hari Jumaat 1 Mei 2009 (Cuti Labour Day daa...) menaiki kereta Gen2 Evo aku pas sembahyang Jumaat. Tiba di Kuching jam 5 petang dan terus check-in di Hotel Samudra.

Tak banyak gambar yang dapat diambil sebab terlalu letih drive. Gambar kat ataspun ambik masa nak check-out keesokan harinya. Danial memang mesra dengan En. Azid and Kak Yah. Siap ada gelaran Tok Abah and Tok Mak lagi. Agenda utama ke Kuching 2 hari ni adalah shopping di Satok. Kes kes. Shopping ikan, sayur and buah-buah je..


Ni gambar gerai nasik lemak dekat waterfront tempat kitaorang singgah makan tengahari. Powerr, nasi lemak daun pandan kukus. Lauk sukahati. Kat Betong Confirm tak ada.


Sheena sedang menikmati juadah di Water Front. Danial mana?? Tok Mak dia bawak lari daa.. Heh Heh..


Ni Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru. Esok-esok bila dah siap ADUN-ADUN Sarawak akan bersidang kat sini le. Cantik design dia. Cantik dari Parlimen lagi.



Ni pemandangan sekitar waterfront. Lawa jugak. Banyak bot penambang beroperasi kat sini untuk ke seberang sungai. Tambangnya sik mahal. 30 sen sahaja. Tak sangka wujud lagi perkhidmatan macam ni. Rasa boleh try buat kat sungai Klang pulak kot.

0 comments:

Post a Comment