Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Walaupun dah lebih seminggu kita menyambut Ramadhan aku rasa masih tak terlewat untuk aku and family mengucapkan selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak. Semoga kita dapat melipatgandakan ibadah kita pada bulan yang mulia ini..

Saturday, August 8, 2009

DOA SELSEMA BABI..

Another forwaded email from Mak.. Thanks again.. So guys, amalkan doa ni mudah-mudahan kita dijauhkan dari bala-Nya.. InsyaAllah..




Klik gambar untuk besarkan.

H1N1 TRUE STORY PLEASE READ!!

**Forwarded email from my mother in-law.. Thanks a lot Mak.. Its an eye-opener on how serious the virus is..

From: Hazizul Damsi - IT
Sent: Monday, August 03, 2009 2:23 PM
To: Lina Rahmat - Program Management Office; Suhaimi Abdul Manan - BICC; Syahril Amri Mohd Zari - IT; pmo-sme.dcdr; Saadah Normal - DM, PMO; Intan Suhana Umar - Operation & Delivery Channel, Capability building
Subject: RE: have a great day from BICC

Lina,

Nak dpt pandangan since u dh ada pengalaman.. Apa symptom virus ni? Melalui pembacaan dan rakaman berita, seolah2 tiada symptom yg khusus terutama demam. Demam x teruk pun bole dp jangkitan. Boleh share info tak? Pengalaman family berhadapan ngan virus ini. J
_____________________________________________________________________________________


From: Lina Rahmat - Program Management Office
Sent: Tuesday, August 04, 2009 10:49 AM
To: Hazizul Damsi - IT; Suhaimi Abdul Manan - BICC; Syahril Amri Mohd Zari - IT; pmo-sme.dcdr; Saadah Normal - DM, PMO; Intan Suhana Umar - Operation & Delivery Channel, Capability building
Subject: RE: have a great day from BICC



High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman



Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...



Second Stage

Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.



Critical

Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.



Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...

Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.


** So guys, take this info seriously cause I'm sure none of us are willing to endure the horfific and painful symptoms of H1N1-2009!!

Friday, August 7, 2009

TIME TO PICK DANIAL UP!!

Ni pulak Vid masa nak ambil Danial balik lepas waktu sekolah.. Biasanya dalam pukul 1 ptg kitaorang dah sampai rumah Kak Umi.. Dulu kalau dengar bunyi kereta, laju je Danial kayuh walker dia ke pintu depan tu.. Siap sengih-sengih lagi.. Dah kenal parents dia dah rasanya.. Sekarang ni dah slow sikit.. Kadang-kadang tu siap tak nak balik lagi sebab kat rumah Kak Umi ramai yang suka melayan dia.. Thanx Kak Umi for taking good care of Danial..

FINDING NEMO

Ni antara aksi Danial yang sempat dirakamkan masa dia mula-mula main mainan yang Along hadiahkan. Danial ni kalau mainan baru sekejap je dia minat nak main. Pas 10 minit dah hilang interest dah.. Kes kes.. Anyway to Along, thanx for the toys..

Tuesday, August 4, 2009

MAMAT MESIR KECEK KLATE!!

Terjumpa satu lagi video kat youtube. Kagum gila dengan mamat ni. Belajar kecek Klate 2 tahun je. Aku duduk Kelantan dekat 5 tahun tak pandai-pandai gak kecek Klate. Berat.. Berat.. :)

Monday, August 3, 2009

BYE-BYE TUK MAK AND TUK ABAH!!

Setelah seminggu berada di Betong, dah tiba masa Tuk Abah dan Tuk Mak balik ke KL. Sedih pulak rasanya bila tiba saat-saat nak berpisah macam ni. Bukan selalu dapat kunjungan orang semenanjung apatah lagi mak dan abah sendiri. Sejuta penghargaan, kerana sudi meluangkan masa menjenguk dan menjaga kami sepanjang seminggu yang telah berlalu. Flight Mak dan Abah adalah pada hari Ahad 26hb Julai 2009, jam 6 pagi. Awal betul. Silap aku jugak masa beli hari tu tak tengok betul-betul. Main click kat next button je. Hehehe.. So kami bertolak ke Kuching pada pagi Sabtu 25hb Julai dan menginap semalam di Hotel Samudra yang sangat hampir dengan Pasar / Tamu Satok. Sempat jugaklah mak dan abah shopping-shopping kat Satok petang tu..

Gambar-gambar sebelum bertolak ke Kuching..


Favourite pose Danial. Menggaru kepala..


Berjalan la pulak..

Tuk Abah yang suka menurut kehendak cucuya..


Dekat sangat dengan TV tu Danial...



Tanda-tanda kerimasan mula melanda..


Dalam kereta on the way ke Kuching.. Tuk Abah drive, aku co-pilot jek.. Heh heh



Makan pisang rasanya masa ni..




Dah check in di hotel dan on the way ke Satok untuk shopping!!



Banyak pulak kereta bila nak lintas.. Biasa jalan depan hotel ni kosong je..


Thanx again Tuk Mak and Tuk Abah.. The next visit that we are looking forward to is from Danial's Wan and Atuk which will be on the 18th of August. Jumpak di sitok!!

Signing off..

Sunday, August 2, 2009

H1N1 HIT BETONG!!

Biasa tengok kat berita je tentang penularan pandemik H1N1 yang semakin menjadi-jadi kat semenanjung. Aku rasa virus ni tak mungkin dapat sampai ke Betong yang terperosok nun jauh di Sarawak dan kalau sampaipun mungkin berbulan-bulan lagi lamanya. Tak pernah pulak terbayang kat kepala yang virus H1N1 ini dahpun ada di Betong dan menjangkiti 1 orang pelajar SMK Datuk Patinggi Kedit manakala 6 pelajar sekolah yang sama, disyaki dijangkiti dan telah dikuarantin.

Pintu masuk SM Kedit kelihatan lengang setelah semua pelajar dan guru diarah bercuti selama seminggu..



So kepada semua warga MRSM Betong, harap kita lebih berhati-hati semasa berada di tempat awam. Elakkan tempat yang sesak dan jika boleh pakailah topeng muka bagi menurunkan risiko jangkitan.

Signing off...

Saturday, August 1, 2009

WELCOME TUK ABAH AND TOK MAK...

Pada 18hb Julai yang lalu akhirnya parents aku telah menjejakkan kaki ke negeri Sarawak ini. Tak susah memujuk supaya diaorang datang sebab memang parents aku teringin sangat nak jenguk kami disini. Flight diaorang sampai malam Sabtu so aku and Sheena decide untuk stay kat hotel Marghareta and tempahkan bilik untuk diaorang sekali. Memang best Marghareta ni, bilik cantik, makan sedap and duduk sebelah Sarawak Plaza and Tun Jugah. Senang nak shopping.. Kes kes




Hari kedua di Kuching. Still kat Marghareta. Tuk Mak tolong pegang Danial sekejap sementara kitaorang breakfast.. Kena gilir-gilir dah sekarang ni sebab Danial memang tak boleh duduk diam..


Tuk Abah's turn.. Hehe


Oh ye, kat video bar sebelah kiri page ni aku dah updatekan juga beberapa video baru tentang keletah Danial. Semangat... Semangat..

SERIUS LAWAK...!!

Another funny stuff that I found in you tube.. Serius lawak betul benda ni.. Nak pecah perut aku dibuatnya.. Dioarang just translatekan filem tamil ni mengikut bunyi dalam bahasa melayu.. Enjoy folks!!!


I'M BAAACK!!

Wah.. Lama betul tak blogging.. Rasanya ada dekat-dekat sebulan lebih dah aku tak log in ke akaun blogspot aku.. Bukan takde benda nak cerita, banyak gak sebenarnya.. Tapi mungkin sebab occupied dengan benda lain menyebabkan blogging ni selalu jatuh nombor 2.. Nombor satu of course lah the well-being of my family heh heh.. So after long and much needed rest, I guess its time to blog again.. Untuk post hari ni kita santai-santai dululah dengan salah satu lagu favourite aku masa sekolah-sekolah dulu.. Kira macm oldies dah lah lagu nie... AC pun masa ni poyo-poyo lagi.. hehehe.. Enjoy!!