Dalam post kali ni aku just nak share gambar-gambar MRSM Betong. Mesti ramai geng-geng semenanjung especially geng-geng Jeli yang berpotensi ditransfer, tertanya-tanya macam mana agaknya design MRSM kat sini. Gambar ni aku ambik ehsan dari Cikgu Kimia kat sini iaitu En. Ghaz. Thanks bro..
Ni pintu depan atau gate nak masuk ke MRSM. Sama je dengan mana-mana MRSM kat semenanjung.
Ni pulak bahagian foyer nak menghala ke pejabat. Design lebih kurang foyer MRSM Kuala Krai. Kelihatan megah berkibar bendera Bumi Kenyalang.
Ni pulak kawasan dataran perhimpunan. Terletak di tengah-tengah blok akademik. Kalau masuk ikut foyer kat gambar atas tu, kira terus jumpa dataran ni. Biasanya tempat buat roll call.