Saturday, May 30, 2009

HAPPY TEACHER'S DAY!!!

28 Mei, sehari selepas berakhirnya exam final sem 1, MRSM Betong telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat maktab. Segala persiapan bagi sambutan diuruskan oleh para pelajar diketuai oleh ahli-ahli BWP yang baru sahaja dilantik beberapa minggu sebelumnya. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan tight budget, aku kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar untuk menghargai jasa para pendidik. My greatest appreciation to the boys and girls of MRSM Betong... A job well done...


Banner Hari Guru di foyer Dewan... Ish ish ish... Kesiaan... Tapi ada nilai-nilai artistik la jugak...


Aku and Fandi terpegun dengan kecantikan banner tersebut... Heh heh...


Geng-geng ibu sedang berbincang... Menu nak masak malam nanti kot...


Adoii la... Sempat lagi posing budak-budak ni... Buat-buat macho pulak tu...


Sedang menanti perarakan guru-guru ke dewan dari blok akademik... Guru-guru yang dah ada kat dewan tu sah-sah tak baca aturcara termasuklah aku and sheena... Huhu...


Penjaga pintu gua Ahmad Albab...

VVIPs / Old-timers / Otais / Bosses...

Sekali ada road-block daa... Nak masuk majlis kena pantun dulu... Ni majlis nikah sanding ke apa ke...??


Erkk... Banner dalam dewan pun sama 2 x 5 dengan banner luar... Takpe, yang penting ingatan tulus ikhlas...

Band Hujan Petir dengan lagu I'll Be Your Angel... Aku rasa lagu budak-budak ni bawak takda kaitan langsung dengan Hari Guru... Jiwang-jiwang je lirik dia... SS ke apa ke... (SS = Syok Sendiri...) Takpe yang penting ingatan tulus ikhlas... Huhu...


Upacara memotong kek Hari Guru... Emm rasa-rasanya dapat ke 44 slices ni?? Takpe yang penting ingatan tulus ikhlas... Huhuhu...


Potong boss jangan tak potong... Yang lain tengok je ye...


Eh.. eh.. 2nd boss pun nak potong jugak ke... Takpe... Potong boss jangan tak potong...
Macam nak nasyid je.. Ustaz Nik boleh jadi lead vocalist.. Berehh Ustaz...

Sesi bersalam-salaman antara para guru dan para pelajar sebelum majlis bersurai...

Pemenang-pemenang Anugerah Khas Hari Guru MRSM Betong (Setakat yang aku ingat )...
Guru Sporting - Cg. Khairdil
Guru Versatile - Cg. Nukiman
Guru Caring - Cg. Roger
Guru Funny - Cg. Wan Mustaffa
Tokoh Guru Lelaki - Cg. Jeffery
Tokoh Guru Perempuan - Cg. Bariah



Cg. Wan, calon underdog kategori Cikgu Funny.... Tak sangka buleh menang... At least ada jugak wakil orang lama dalam senarai pemenang Hari Guru 2009... Kepada semua pemenang, tahniah diucapkan... You guys deserve it... Semoga menjadi pemangkin kepada perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa hadapan...


Signing off... For now...

Friday, May 29, 2009

KONTROVERSI UST AKIL HAYY...

Antara gambar-gambar kontroversi Ustaz Akil Hayy dan Waheeda yang membawa keapda pergolakan rumahtangga beliau... Situasi gambar tidak jelas... Mungkin photoshoot untuk videoclip atau promosi rancangan baru astro... Nilaikan sendiri...










EKSKLUSIF!!! PENDEDAHAN LATIHAN DI AKADEMI BAM CAWANGAN SARAWAK!!

Buat kali pertamanya rakaman gambar latihan badminton perseorangan dan beregu negara didedahkan!!

Beregu utama Ridzwan Tazari and Rushdi Latiff...


Beregu kedua tapi lagi power dari beregu utama... Koo Kien Yoe dan Tan Boon Li... Heh heh


Coach-coach tanpa gaji... Buat kerja amal... Rexy Mustaffani dan Zailani Sidek...

Pemain single paling bahaya abad ini... Lee Chong Wan...

There are still more to come... Hahaha

WELCOME ORANG KAJANG!!

It has been quite a while since this blog was last updated. There were some problems with our streamyx connection. Anyhow it has been resolved and so the blog must go on... hehe... First things first... Pada 23 May yang lepas kami sekeluarga telah menerima kunjungan orang Kajang iaitu Along (Sheena's Aunt) and also her friend (Auntie Hasnah). Since they arrived on Saturday, we decided to put up a night at Grand Continental Kuching. Yelah, nak jugak round-round Kuching before going back to quiet'ol Betong...


Hanging out at the Hotel Cafe... Left to right Sheena, Auntie Hasnah and Along...

Man behind the wheels... This pic was taken while waiting for Along and Auntie buying the famous Kek Lapis... Sampai ke kaki tekan minyak tu Danial?

Dah sampai rumah... Sambung berborak-borak.. Yelah kan, there is a lot of catching up to do with the Kajang people... As for Danial... Malas nak layan...


The best thing about being visited by your hometown folks... Homemade meals... Semenanjung style...
Air Bandung + Ais Krim Soda = Air Banda (must try)



Good 'ol sambal tumis ikan bilis... Also semenanjung style lor...



Anyone care to have the recipes? Visit borak-borak kopitiam blogspot...

Friday, May 22, 2009

AKTIVITI DANIAL HARI INI...

1. Bersiap-siap ke sekolah...

2. Audition AF 8...



Wednesday, May 20, 2009

THE REAL UPIN AND IPIN?!

I'm not sure whether these are the real upin and ipin or just some hardcore fans of the series but I am sure not to let Danial get a haircut like them... :) Betul! Betul! Betul!



WANTED TO GET A NEW CIVIC? BETTER WAIT UNTILL 2010...

Honda will launch its new Civic model around June 2010. The price is said to range between RM115,000 - RM120,000. You can get more info in their official website...

Saturday, May 16, 2009

Berakhirnya AF musim ke-7

Salam Muhibbah,
Kami baru je selesai menonton the phenomenon of the year, Akademi Fantasia musim ke-7. Amacam kengkawan sumer? Puas hati tak dengan keputusan tadi? Whatever it is, tahniah Hafiz krn telah dinobatkan sebagai juara musim ini. Well, we don't really follow the show religiously, tapi kebetulan mlm ni tak de cerita yang best kat TV, so, kami pun layan la AF. Syok jgk tengok bebudak tu nyanyi. Ada macam-macam style. Hmm, Datin Tiara ok jugak as a principal. Ada gaya, ada style, ada karisma and sophisticated, me likey. Rasa macam nak pinjam je kasut and barang kemas dia..hehehe... My hubby, Zainul, kata dia a bit poyo'ish' sket but to me she's kinda cool. Anyways, the most important thing is, we got to spend quality time together; me, my hubby Zainul and baby Aqeef Danial. Tak kisah la cerita apa pun kat TV, yang penting kami sekeluarga dapat meluangkan maasa bersama. Iyalah, minggu ni sekolah enam hari straight, letih woooo :) So, next week final exam akan bermula. So kengkawan semua, get ready to invigilate the exam. Kalau rasa ada ternampak budak2 meniru, ala, buat la apa2 yang patut. Be ready to mark the papers especially yang ada essay tu. Til then, cheers :)
Signing off~ Sheena

Friday, May 15, 2009

MORE VIDS ON OUR BELOVED DANIAL

Salam to all. Untuk post kali ni just nak share beberapa keletah danial yang semakin lincah.

First vid. Formula 1 in da house...

Second vid. Open and close...

Wednesday, May 13, 2009


Tuesday, May 12, 2009

JAMUAN HOMEROOM

Pada 9hb Mei yang lepas aku dan sheena telah mengadakan jamuan homeroom bersama di kediaman kitaorang. Jumlah kedua-dua homeroom sepatutnya 18 orang, tapi cuma 14 yang dapat hadirkan diri. Lagi 4 orang ada hal masing-masing yang tak dapat dielakkan. Jamuan agak simple sebab anak-anak homeroompun dah lunch. Jamuan bermula jam 3.00 petang.


Bujang @ Futre. Anak homeroom sheena pertama yang sampai. Masuk je rumah terus main dengan Danial.

Noel @ Nonong dengan Flexia. Anak homeroom sheena jugak. Danial jugak dicari.
Geng-geng dapur yang tolong kitaorang masak. Rebecca dan Lilyanne. Anak homeroom den. Masak fries pun fail! Nampak sangat jarang masuk dapur.


Nonong, Vanneza dan Martha. Danial sebagai mangsa :)

Lepak-lepak sambil lepas geram tengok astro. Maklumlah kat asrama TV tak ada lagi. Sian gak budak-budak ni.

Flex, Van and As. Nampak je kecik. Tapi makan boleh tahan banyak.


Amalina tengah khusyuk layan cite Korea. Tah aku pun tak paham apa yang best sangat cite Korea ni. Dia kata dah banyak episod miss.


Makan jangan tak makan. Kalau tak silap ni dah round keempat dah. Besar gak cc budak-budak ni.

Yang duduk kat belakang je tue nama dia Alexson. Memang senyap budak ni. Tapi kat asrama budak-budak kata boleh tahan gak. Ada split personality kot.


Anak-anak homeroom aku. Yang lelaki tak ada. Fly agaknye. Duduk dari kiri Lilyanne, Faezah dan Lisa. Berdiri dari kiri Rebecca, Amalina and Stephanie. Tiada dalam gambar Ezra and Hasbullah.

Anak-anak homeroom Sheena. Dari kiri Flexia, Branigan@Apple, Nonong, Bujang@Futre, Martha, Alexson dan Vanneza. Tak ada dalam gambar Rabai'e.

One big happy family!!!

Lega rasanya lepas jamuan. Nasib baik Danial good mood hari tu. Tak menangis langsung walaupun ramai orang. Thanks anak Abah. Love you mucho!!!