Setelah seminggu berada di Betong, dah tiba masa Tuk Abah dan Tuk Mak balik ke KL. Sedih pulak rasanya bila tiba saat-saat nak berpisah macam ni. Bukan selalu dapat kunjungan orang semenanjung apatah lagi mak dan abah sendiri. Sejuta penghargaan, kerana sudi meluangkan masa menjenguk dan menjaga kami sepanjang seminggu yang telah berlalu. Flight Mak dan Abah adalah pada hari Ahad 26hb Julai 2009, jam 6 pagi. Awal betul. Silap aku jugak masa beli hari tu tak tengok betul-betul. Main click kat next button je. Hehehe.. So kami bertolak ke Kuching pada pagi Sabtu 25hb Julai dan menginap semalam di Hotel Samudra yang sangat hampir dengan Pasar / Tamu Satok. Sempat jugaklah mak dan abah shopping-shopping kat Satok petang tu..
Gambar-gambar sebelum bertolak ke Kuching..
Favourite pose Danial. Menggaru kepala..
Berjalan la pulak..
Tuk Abah yang suka menurut kehendak cucuya..
0 comments:
Post a Comment