Sunday, October 4, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN!!


Wahh kali ni post aku tentang JJCM plak.. Nak ganti Maria Tunku Sabri kot.. hehe.. Kebetulan, balik dari KL/Kajang hari tu dah agak lewat disebabkan flight yang delay.. So kitaorang decided to put up a night kat Kuching.. Kebetulan hotel Grand Margharita ni duduk sebelah dengan Sarawak Plaza so kitaorang pun round-roundlah kat situ.. Dengan GF Sarawak Plaza ni ada satu restoran yang agak menarik..

Nama restoran ni Hartz Chicken Buffet.. Yang best kat Hartz Chicken Buffet ni ialah kita just bayar RM17.50 per person dan korang boleh makan apa saja yang korang nak dalam restoran ni.. Jangan pulak nanti korang pergi mentekedarah pinggan mangkuk, sudu garfu pulak.. Maksud aku makan apa sahaja makanan yang disediakan.. hehe..


Entrance..



Ni section fried and grilled food.. Ada ayam goreng, panggang, onion ring and macam2 lagi.. Yang kelakarnya pedal ayam goreng pun ader.. keh keh.. Nampak kosong sebab staff dia belum refill lagi jangan risau..



Ni section ice-cream.. Flavour ikut hari.. Hari kitaorang datang tu ice-cream strawberry.. Sheena suka sesangat la.. Ice cream ni siap dengan 5-6 jenis topping macam chocolate, jem dan macam2 lagi.. Ada kat dalam tray kecik sebelah mesin ice cream tu..



Ni pulak section nasi dan lauk pauk.. Kira nasi campur la ni, cuma lauk yang ada aku tengok macam fuse western ngan local sikit.. Tak ketinggalan ada jugak pasta macam spaghetti..



Ni pulak section salad malad.. Tah macam2 jenis salad yang ada.. Confirm bukan section aku.. huhu..


Antara section yang aku paling suke.. Hot beverage section.. Tapi ada dua jenis je iaitu coffe and tea.. But trust me when I say that the coffe is superbb..



Ni section untuk cakes.. Tak perasan lak ada ke tak kek Sarawak..



Ni section tak pasti.. Tapi nampak banyak bun roti kat dalam tray tu.. Section roti kot..



And finally.. This is cold drinks section.. Yang paling best kat sini pada aku SEASONS Ice Lemon Tea.. Nyaman..



p/s: Motto Hartz Chicken ni adalah "Take whatever you want but Eat whatever you take".. Kalau tak habis setiap makanan yang tertinggal dalam pinggan kita akan dicharge.. Sebab tu kalau nak ke sini make sure puasa 2 hari dulu.. :)


BAS BETONG..

Akhirnya yang ditunggu sekian lama telahpun tiba.. Baru aku terperasan rupa2nya kat tempat parking bas berhampiran dewan utama dahpun ada bas.. Bas boleh tahan la.. Cap Hino.. Seat semi leather kalau tak silap.. Kira quite comfortable jugak.. Cuma bas je tak boleh nak jalan.. Sebab tak ada road tax lagi.. kweng kweng kweng..


40 orang sahaja yer.. tapi aku rasa time sembahyang Jumaat confirm lebihnyer.. Yelakan takkan driver nak ulang alik.. baik sekali harung..



Bahagian belakang yang mantop..!!



Ni kalau kat Kelantan ni budak2 dia kata bas sungut (sesungut) huhu..


Hmm nice interior.. Kalau tambah spoiler ngan skirting lagi cun.. keh keh..


Signing off..

FLIGHT DELAYED!!!

Tak pernah-pernah flight kena delay, akhirnya aku, Sheena and Danial merasa jugak pengalaman tersebut. Flight sepatutnya depart pukul 10.05 pg tapi ntah kenapa di tunda ke 12.00 tgh. Hmm.. nasib baik kitaorang bertolak ari Sabtu takder la rushing sangat mengenangkan esokpun still cuti lagi. Isnin baru sekolah buka. Dah nasib..


Ini je la pampasan yang mampu MAS bagi disebabkan kelewatan Flight kitaorang.. 3 keping breakfast voucher bernilai RM10.. Boleh redeem kat mana-mana restoran dalam departure hall.. Kitaorang redeem kat Asian Kitchen jer..



Semua passenger menanti dengan penuh sabar.. Apo laie la yang buleh dibuek..




Kapal terbang tak landing lagi tapi Danial dah landing dulu.. huhu..



p/s: Dapat info from one of the regular passenger yang dia pernah dapat refund RM200 sebab flight delay more than 2 hours.. Hmm.. Flight aku lagi sikit je nak 2 jam.. huhu..

Friday, October 2, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Hari ni dah masuk 13 syawal.. Dah hampir 2 minggu kita berhari raya dan dah seminggu juga aku, Sheena and Danial pulang semula ke Kuching.. Macam tak puas je beraya di semenanjung tapi apakan daya terpaksa menunaikan tanggungjawab yang ada kat sini.. Dalam tempoh yang singkat iaitu tak sampai seminggu di Kajang dan KL tak semua saudara mara yang dapat kami ziarah.. Mana yang tak sempat tu mungkin boleh try masa raya korban nanti yang kebetulan jatuh time cuti sekolah..

Untuk entry Raya Aidilfitri kali ni hanya video ni yang dapat aku buat sebagai kenang-kenangan untuk kami serta saudara mara.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN..