Sunday, October 4, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN!!


Wahh kali ni post aku tentang JJCM plak.. Nak ganti Maria Tunku Sabri kot.. hehe.. Kebetulan, balik dari KL/Kajang hari tu dah agak lewat disebabkan flight yang delay.. So kitaorang decided to put up a night kat Kuching.. Kebetulan hotel Grand Margharita ni duduk sebelah dengan Sarawak Plaza so kitaorang pun round-roundlah kat situ.. Dengan GF Sarawak Plaza ni ada satu restoran yang agak menarik..

Nama restoran ni Hartz Chicken Buffet.. Yang best kat Hartz Chicken Buffet ni ialah kita just bayar RM17.50 per person dan korang boleh makan apa saja yang korang nak dalam restoran ni.. Jangan pulak nanti korang pergi mentekedarah pinggan mangkuk, sudu garfu pulak.. Maksud aku makan apa sahaja makanan yang disediakan.. hehe..


Entrance..



Ni section fried and grilled food.. Ada ayam goreng, panggang, onion ring and macam2 lagi.. Yang kelakarnya pedal ayam goreng pun ader.. keh keh.. Nampak kosong sebab staff dia belum refill lagi jangan risau..



Ni section ice-cream.. Flavour ikut hari.. Hari kitaorang datang tu ice-cream strawberry.. Sheena suka sesangat la.. Ice cream ni siap dengan 5-6 jenis topping macam chocolate, jem dan macam2 lagi.. Ada kat dalam tray kecik sebelah mesin ice cream tu..



Ni pulak section nasi dan lauk pauk.. Kira nasi campur la ni, cuma lauk yang ada aku tengok macam fuse western ngan local sikit.. Tak ketinggalan ada jugak pasta macam spaghetti..



Ni pulak section salad malad.. Tah macam2 jenis salad yang ada.. Confirm bukan section aku.. huhu..


Antara section yang aku paling suke.. Hot beverage section.. Tapi ada dua jenis je iaitu coffe and tea.. But trust me when I say that the coffe is superbb..



Ni section untuk cakes.. Tak perasan lak ada ke tak kek Sarawak..



Ni section tak pasti.. Tapi nampak banyak bun roti kat dalam tray tu.. Section roti kot..



And finally.. This is cold drinks section.. Yang paling best kat sini pada aku SEASONS Ice Lemon Tea.. Nyaman..



p/s: Motto Hartz Chicken ni adalah "Take whatever you want but Eat whatever you take".. Kalau tak habis setiap makanan yang tertinggal dalam pinggan kita akan dicharge.. Sebab tu kalau nak ke sini make sure puasa 2 hari dulu.. :)


0 comments:

Post a Comment