Wednesday, September 16, 2009

BUAT PERMIT KERJA..

Kelmarin aku and family ke Sri Aman bagi urusan permit kerja dan passport terhad. Sarawak ni walaupun di bawah Malaysia tetapi merupakan negeri berautonomi. Itu syarat Sarawak masa nak join Malaysia dulu mungkin nak jaga kepentingan rakyat dia kot. So terpaksalah aku Sheena and Danial buat passport terhad ni agar tak dicop sebagai pendatang harem.. huhu..


Ni proses pertama iaitu ambik gambar saiz passport.. Buat kat kedai area Betong je.. Nasib baik Danial behave masa ambik gambar tu.. Melilau mata dia sampai penat Cina ambik gambar tu pujuk suruh tengok kamera.. hehehe


Dalam 11.30 am aku and family tiba di Wisma Persekutuan Sri Aman yang menempatkan pelabagai Agensi dan Jabatan kerajaan termasuklah pejabat Imigresen.. Nipun lepas melilau-lilau sesat kat Sri Aman


Cantik dan kemas pemandangan Wisma Persekutuan. Parking Lot memang luas dan selesa. Cuma perkhidmatan agak slow sikit. Proses untuk buat passport terhad aku and family ambil masa lebih kurang 3 jam walaupun ada dua family je yang berurusan. Mungkin boleh ditingkatkan lagi mutu perkhidmatan..


Nilah hasilnya passport pertama Danial..


At last baru rasa selamat sikit duduk Sarawak.. Kalau tak macam PATI je.. huhu..

0 comments:

Post a Comment