Tuesday, September 15, 2009

PEMANDANGAN BANDAR SIBAU (SIBU)..

Just nak add on some info related to the earlier post di mana aku and Sheena ke Sibu untuk Program MRSM/ATM. Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga ke Sibu setelah beberapa kali plan awal tak jadi disebabkan tarikan ke Kuching lebih kuat.

Dari Betong masa yang diambil untuk drive ke Sibu adalah sekitar 2 1/2 jam pada kelajuan normal dengan jarak lebih kurang 200km. Sibu terletak atas sedikit daripada Sarikei dan aku agak terkejut kerana bandar Sibu ni agak besar dan mungkin menghampiri keluasan Kuching. Kami bermalam di Hotel Premiere yang agak selesa. Tambahan pula betul-betul di bawah hotel ini terdapat pusat membeli belah dilengkapi Cineplex. Nasib baik Danial kecik lagi kalau tak confirm layan movie.. hehe..

Sibu ni mempunyai sedikit bad reputations kerana orang Sarawak menggelarnya sebagai Chinese territory dan banyak juga kejadian samun dan rompak yang dilakukan oleh kongsi2 gelap Cina dan ia masih berlaku sehingga sekarang.. Walaubagaimanapun Bandar Sibu agak cantik dan sekiranya ingin melawat Sibu elakkanlah pergi berseorangan untuk tujuan keselamatan..



Ni gambar Danial tertidur kepenatan dalam kereta sementara menunggu maknya menghabiskan kelas..


Cineplex di bawah Hotel.. Bestnye..


Takpe, tunggu Danial dah besar sikit..



Sibu di waktu malam.. Masih sesak dengan kenderaan..



Pemandangan dari bilik hotel..


Pemandangan dari bilik hotel..


Simple but nice..


Hmm bolehlah nak buat tidur..

0 comments:

Post a Comment