Thursday, September 3, 2009
TOKEY KEDAI TAKDE BUDI BAHASA!!
Kali ni nak ceritakan satu kedai frozen kat Bandar Betong ni yang aku tak akan singgah lagi sampai bila-bila. Kenapa?? Kesnya adalah kerana tokey kedai frozen ni memang tak ada budi bahasa langsung dan aku rasa memang dah sampai tahap kurang ajar. Kebetulan hari yang malang tu, aku and sheena singgahlah kat kedai tu untuk beli chicken breast buat bubur Danial. Lepas dah pilih akupun pergilah ke kaunter and bayar kat apek tokey kedai ni. Aku hulur kat dia RM50 sebab memang aku takde duit kecik masa tu.
Yang hangat hatinya, apek ni ambik duit RM50 tu and then dia campak duit tu depan aku sambil marah2 dalam bahasa Cina. Dia panggil anak dia untuk pergi tukar duit tu kat kedai sebelah. Akupun menahan marah jela dalam hati. Nak sound balik ni bukan tempat aku and aku memang tak suka panjang-panjangkan benda. Aku ingat dah habislah kat situ, rupa-rupanya bila anak dia dah pecah duit, apek ni sekali lagi dengan muka yang angkuh campakkan baki duit tu kat aku. Berselerak duit tu atas meja dan aku sambil menahan geram terpaksa jugak kutip duit tu.
Lepas tu aku cepat-cepat masuk kereta dan drive balik Maktab. Nasib baiklah Sheena tolong redakan marah yang membuak-buak. Tambah pulak tengok muka Danial yang innocent tu, makin redalah marah aku. Tapi aku percaya sesiapa yang berada dalam situasi akupun tentu panas hati. Aku tak faham apek ni, orang cina lainpun berniaga jugak tapi elok je hormat kat pelanggan. Kalau berterusanlah perangai dia macam tu aku rasa tak mustahil bisnes dia gulung tikar... Entahlah... Manusia.. manusia..
Ni gambar kedai apek tu.. Aku rasa warga betong tahula kot sebab kedai dia ni dekat dengan kedai isteri Ah Soon tokey Astro..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Jom pakat boikot kedai ni!!!
memang patut darah ko menyirap 'bandung'.
Post a Comment