Sunday, May 3, 2009

KENALI BETONG

Ok, kali ni aku nak share pulak view di sekitar bandar Betong. Betong ni takda la besar sangat, lebih kurang macam bandar Tanah Merah kat Kelantan. Dulu Betong di bawah bahagian Sri Aman tapi sekarang ni dah upgrade jadi bahagian sendiri, dibawah pentadbiran sendiri la kiranya. Kalau korang sampai ke Kuching dari semenanjung, untuk ke Betong boleh ambik bas ekspress yang ada. Perjalanan dengan bas akan ambik masa dalam 5 jam sebab banyak stop. Tapi kalau drive sendiri ke betong, naik kereta sewa atau van dalam 3 jam je.


Dari Kuching kalau ambik bas ekspress, inilah tempat pertama yang akan korang singgah. Stesen bas Betong. Sempoi jek. Macam stesen bas Jeli gak.





Ni antara hotel yang ada kat betong. Betong Plaza Hotel. Sewa tak mahal mana dalam RM80 semalam. Tapi bilik boleh tahan gak. Macam Quality Hotel kat KL. Cuma makan tak sedia. Sendiri-sendiri cari. Hehe.
Ni antara deretan kedai yang ada kat Betong. Kalau nak beli daging atau ayam yang halal kat sinilah tempatnya.
Ni pulak pasaraya Everise. Kat Sarawak ni Everise antara pasaraya yang famous, lebih kurang macam pasaraya Pantai Timur atau Mydin. Kat Betong cawangan dia kecik je, tapi kalau kat Kuching memang besar.
Antara pemandangan kat deretan kedai bandar Betong. Parking kat sini kalau petang memang kosong. Tapi kalau pagi jangan harap nak dapat parking kereta mudah-mudah je. Tawaf 10 kalipun tak tentu lagi
Petang yang sunyi di Betong. Baru lepas hujan.
Replika pokok getah. Antara beberapa mercu tanda yang ada kat Betong. Terletak kat tengan-tengah roundbout utama.
Pasar basah Betong. Pintu belah kiri jual barang-barang basah macam ikan ayam dan lain-lain. Pintu belah kanan pulak jual oink-oink atau kerbau pendek. Tak pernah beli kat sini. Tak confident.
Pusat pentadbiran Betong ataupun Putrajaya Betong. Semua jabatan kerajaan dok kat sini. Besar jugak. Yang ni cuma bangunan utama tempat masuk.
Kawasan perumahan bagi staf-staf Putrajaya Betong. Boleh tahan gak kan.
I LOVE BETONG?? Entahlah. It's too early to say. Heh heh

2 comments:

AndyAffa said...

Assalam..saya Burhan Dari Perak. Akan berpindah ke betong Sarawak. Mohon pertolongan tuan utk cari bilik atau rumah sewa disana. Sy tiada kenalan di sana.

Burhan: 013 5333223

aleeya azam said...

Ada tau x bilik sewa tok perempuan atau share kuarters ke rumah ke...

Post a Comment